Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, mata wang utama

Facebook
WhatsApp
KUALA LUMPUR, 27 Mac -- Ringgit dibuka lebih tinggi untuk hari keempat berturut-turut berikutan langkah kerajaan Malaysia melaksanakan pendekatan pragmatik terhadap subsidi bahan api dengan mengimbangi disiplin fiskal dan kebimbangan kos sara hidup di tengah ketegangan Asia Barat. Pada 8 pagi, mata wang tempatan itu mengukuh kepada 3.9855/4.0050 berbanding dolar AS daripada paras 3.9920/9955 ketika ditutup pada Khamis. Dalam perutusan khas semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa berkuat kuasa 1 April, had bulanan individu bagi pembelian BUDI95 akan diselaraskan sementara kepada 200 liter sebulan berbanding 300 liter sebelum ini susulan konflik berterusan di Asia Barat. Penyelarasan itu bagaimanapun tidak menjejaskan majoriti rakyat berikutan penggunaan purata adalah sekitar 100 liter sebulan dan hampir 90 peratus menggunakan kurang daripada 200 liter sebulan. -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA KUALA LUMPUR, March 27 -- The ringgit opened higher for the fourth consecutive day as the Malaysian government adopts a pragmatic approach to fuel subsidies by balancing between fiscal discipline and cost-of-living concerns amid West Asia tensions. At 8 am, the local currency strengthened to 3.9855/4.0050 against the greenback from Thursday’s close of 3.9920/9955. In a special address yesterday, Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim announced that, effective April 1, the individual monthly limit for the purchase of BUDI95 will be temporarily adjusted to 200 litres per month from 300 litres per month previously, due to the ongoing conflict in West Asia. A majority of the people are not affected by the quota reduction, as consumers on average use about 100 litres per month and nearly 90 per cent consume less than 200 litres per month. --fotoBERNAMA (2026) COPYRIGHT RESERVED

KUALA LUMPUR, 22 Oktober: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan mata wang utama lain pada Khamis berikutan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu terus berada di bawah tekanan menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) minggu depan.

Pada 8.00 pagi, ringgit dicatatkan pada 4.0780/0835 berbanding dolar AS daripada 4.0790/0825 semasa ditutup pada Rabu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata sentimen pasaran kekal berhati-hati menjelang mesyuarat FOMC minggu depan, dengan pelabur terus memantau perkembangan mengenai inflasi.

Katanya harga minyak mentah meningkat selepas serangan terbaharu ke atas lapangan minyak Arab Saudi, dengan harga minyak mentah Brent kini berada pada kira-kira AS$108 setong.

Beliau berkata inventori minyak mentah AS menyusut sebanyak 3.06 juta tong pada minggu berakhir 16 Oktober, yang mungkin menunjukkan bahawa kerajaan AS sedang berusaha untuk menstabilkan harga bahan api mereka.

“Secara keseluruhannya, sentimen pasaran kekal berhati-hati dan mesyuarat FOMC pada minggu depan akan diberi tumpuan terutamanya mengenai pendirian jawatankuasa itu terhadap inflasi.

“Oleh itu, ringgit dijangka terus diniagakan dalam jajaran kecil hari ini,” katanya kepada Bernama.

Pada sesi pembukaan, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.5784/5820 daripada 2.5790/5814 semasa ditutup pada Rabu dan meningkat berbanding pound kepada 5.4621/4694 daripada 5.4642/4689.

Bagaimanapun, mata wang tempatan menurun berbanding euro kepada 4.5812/5874 daripada 4.5770/5810 sebelum ini.

Ringgit mencatatkan prestasi bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Ia meningkat berbanding peso Filipina kepada 6.43/6.45 daripada 6.44/6.45 semasa ditutup pada Rabu, bagaimanapun mendatar berbanding rupiah Indonesia kepada 226.2/226.7.

Mata wang tempatan menurun berbanding dolar Singapura kepada 3.1929/1975 daripada 3.1917/1947 dan menyusut berbanding baht Thailand kepada 12.1387/1623 daripada 12.1287/1434 semasa ditutup semalam. – Bernama