KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Johari Tun Openg dan isteri Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang meneruskan ziarah majlis rumah terbuka Aidilfitri hari ketiga, hari ini.
Beliau dan isteri berkunjung ke kediaman Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar dan isteri Puan Sri Datin Amar Fatimah Iskandar.
Ketibaan Premier Sarawak turut disambut oleh Timbalan Premier Dato Sri Dr. Sim Kui Hian, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato’ Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan isteri, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan II Michael Tiang Ming Tee dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan) Datu Dr Muhammad Abdullah Zaidel.
Turut menyambut ketibaan beliau dan isteri, dif-dif kenamaan yang lain.
Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran pengunjung yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Lebih menarik, para pengunjung turut memperagakan baju Melayu dan kaju kurung pelbagai warna.
Selain itu, pengunjung yang hadir juga disajikan dengan pelbagai juadah raya.
Antaranya, laksa Sarawak, kek lapis Sarawak, ketupat, lemang, rendang dan lain-lain.
Premier Sarawak turut dijangka berkunjung ke majlis rumah terbuka Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi.
Beliau serta rombongan juga akan berkunjung ke majlis rumah terbuka Aidilfitri Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.
Kunjungan Aidilfitri seterusnya majlis rumah terbuka Aidilfitri Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.
Pada sebelah petang, Abang Johari akan menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri bersama Shell di Hotel Hilton Kuching.
Pada sebelah malam pula, beliau akan berkunjung ke majlis rumah terbuka Aidilfitri ke kediaman Puan Sri Datuk Amar Jamilah Anu.
Oleh SHAHRUL QAIZAT