SARIKEI: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah menganjurkan ceramah keselamatan kebakaran, demonstrasi penggunaan alat pemadam api dan pengungsian bangunan khusus untuk semua warga di Sekolah Jenis Kebangsaan ( C ) Su Kwong di sini, pagi tadi.
Ceramah bertujuan memberi pendedahan kepada warga sekolah terutama para pelajar berkenaan tatacara keselamatan kebakaran yang perlu dititikberatkan sekira berlakunya kebakaran di sekolah.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, PPgB Mahmudin Narudin berkata, ceramah disertai seramai 165 peserta.
“Daripada jumlah penyertaan, 146 daripadanya pelajar, 16 guru dan tiga kakitangan pejabat sekolah tersebut,” katanya kepada pemberita, sebentar tadi.
“Latihan kebakaran bersama warga sekolah bermula 8.44 pagi.
“Seramai sembilan anggota bomba turut terlibat menjayakan latihan ini,” ujarnya.
“Pihak bomba sentiasa bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk menyebarluaskan kesedaran berkenaan keselamatan kebakaran.
Latihan tersebut dikendalikan dengan lancar dan sambutan daripada warga sekolah juga sangat memberangsangkan.
Oleh EARL ANEK