KUCHING: Mayat seorang lelaki dalam keadaan reput dan sebahagian anggota badan yang hilang dijumpai di muara Batang Salak, Sungai Midin di sini, kelmarin.
Pemangku Ketua Polis Kuching, Superintendan Polis (Supt) Merbin Lisa berkata, polis menerima maklumat berkenaan perjumpaan mayat pada 1.25 petang.
Jelas Merbin, satu pasukan polis tiba di tempat kejadian untuk membuat pemeriksaan dan mayat tersebut dipercayai meninggal dunia lebih daripada 72 jam.
Mayat dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.
Justeru, Merbin memintasesiapa yang kehilangan ahli keluarga dalam masa 72 jam untuk menghubungi balai polis berdekatan untuk membantu dalam siasatan.
Orang ramai digesa supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan dengan kes ini yang masih dalam siasatan.
Kes ini diklasifikasi sebagai mati mengejut.
Oleh CONNIE CHIENG