WASHINGTON: China akan memulakan semula pengeluaran pelbagai visa kepada warga asing bermula esok, kata kedutaan negara itu di Washington, semalam.
Langkah itu, sekali gus menarik balik sekatan menyeluruh yang berkuat kuasa sejak penularan wabak Covid-19.
Notis oleh kedutaan China menyatakan, selain dokumen perjalanan baharu yang sedang disemak dan diluluskan, visa yang dikeluarkan sebelum 28 Mac 2020 yang masih sah akan sekali lagi dibenarkan masuk ke China.
Dasar yang dikemas kini itu juga akan membolehkan penyambungan semula perjalanan tanpa visa bagi mereka yang tiba dengan kapal persiaran ke Shanghai dan kumpulan pelancong tertentu dari Hong Kong, Macau serta negara dalam kumpulan serantau ASEAN. – AFP