Sarawak perlu cepat bertindak untuk jadi tuan rumah Sukma

Facebook
WhatsApp
TUMBUKAN... Miro Simuh menyempurnakan gimik perasmian Kejohanan Tinju Remaja Kebangsaan 2023 di Dataran Kubah Ria di sini malam tadi.

Sarawak perlu cepat bertindak untuk jadi tuan rumah Sukma

KUCHING: Persediaan Sarawak menjadi tuan rumah temasya Sukan Malaysia (Sukma) agak ‘tergesa-gesa’ kerana tempoh agak singkat.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) Awang Putrayusrie Awang Redzuan berkata, dengan Sarawak mempunyai peluang yang amat cerah untuk menjadi tuan rumah Sukma, kerajaan negeri dan persatuan sukan di Sarawak perlu bekerja keras bagi membuat persediaan.

“Dengan masa yang singkat, kita perlu berusaha dengan lebih kuat bagi memastikan Sarawak mempunyai persediaan rapi,” katanya.

Beliau berkata, pengumuman rasmi Sarawak menjadi tuan rumah untuk Sukma mungkin pertengahan bulan ini.

Awang Putrayusrie berkata pihaknya juga masih menunggu ‘lampu hijau’ dari Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian Kejohanan Tinju Remaja Kebangsaan 2023 di Dataran Kubah Ria, di sini malam tadi.

Oleh SHAHRUL QAIZAT

RM30 juta perkasa Sekolah Mubaligh Sarawak

PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM30 juta menerusi Dana Bantuan Sekolah Mubaligh 2026 bagi memperkasa kemudahan dan infrastruktur sekolah mubaligh