AKUN GIMAN
SIBU: Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) telah mengambil tindakan menutup semula kawasan sekeliling Pasar Tamu Sibujaya dengan menggunakan tali penghadang.
Tindakan itu adalah berdasarkan garis panduan pembukaan semula aktiviti ekonomi dan sosial di Sarawak ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Ia bertujuan mengawal aliran keluar masuk dan membolehkan proses pemeriksaan suhu badan dan pendaftaran dijalankan setiap hari di pasar tamu tersebut.
Terdahulu semalam 22 Mei, tali penghadang kawasan sekeliling Pasar Tamu Sibujaya dilaporkan telah dialihkan.
Pihak majlis menyeru para penjaja supaya mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dalam garis panduan tersebut dalam usaha bersama-sama memerangi covid-19.
Kerjasama orang ramai yang berkunjung ke Pasar Tamu Sibujaya dan Pasar Tamu Selangau amatlah dihargai. Laporkan jika terdapat sebarang pelanggaran garis panduan dan peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Laporan boleh dibuat pada waktu bekerja iaitu bermula 8.00 pagi hingga 5.00 petang dengan menghubungi 084-336077 atau menghubungi Ketua Unit Penguatkuasa MDLBS, David Huong di talian 016-8734145.