KUCHING: Anak-beranak ditahan kurang 24 jam selepas melakukan samun di salah sebuah kedai beraneka 24 jam di Jalan Sungai Tengah di sini sekitar 11.52 malam pada 3 Mac lalu.
Kedua-dua suspek iaitu bapa, 65, dan anak, 37, ditahan di sebuah rumah berlokasi di Taman Sourabaya Indah dan Bandar Baru Samariang.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata, hasil geledah rumah suspek, turut dirampas ialah sebilah pedang samurai, pakaian dan kenderaan yang digunakan semasa rompakan.
Ahsmon berkata, laporan polis diterima berhubung kejadian itu dan sepasukan anggota dari Balai Polis Gita diketuai ASP Mohamad Nizam.
Katanya, hasil ujian air kencing, anak lelaki itu didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.
Mereka dikatakan melarikan wang tunai berjumlah RM150 dan dan pemetik api.
Kedua-dua suspek kini direman tujuh hari sehingga 10 Mac ini mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.
Jika didapati bersalah, kedua-dua bakal berdepan hukuman penjara 20 tahun atau denda.
Oleh Connie Chieng