LAWAS: Persatuan Bisaya Sarawak (PBS) Cawangan Bandar Limbang sepakat mencalonkan semula Michele Braim sebagai pengerusi persatuan bagi Sesi 2023-2024.
Michele Braim, 43, yang bertugas sebagai Penolong Pegawai Perubatan Hospital Limbang, buat kali pertamanya memegang jawatan tersebut pada 2020, kini kekal mempertahankan jawatannya untuk penggal 2023-2024.
“Kita menyarankan agar lebih ramai anak muda masyarakat Bisaya di kawasan Bandar Limbang untuk mendaftar diri sebagai ahli PBS.
“PBS Cawangan Bandar Limbang akan terus merancang untuk mengadakan lebih banyak aktiviti melibatkan anak muda dalam program berunsur kebudayaan Bisaya untuk mengentengahkan seni tradisi budaya Bisaya di peringkat lebih tinggi,” ujarnya sebaik dipilih semula menerajui PBS Cawangan Bandar Limbang, semalam.
Michele turut berkata, PBS Cawangan Bandar Limbang juga sedang dalam perancangan untuk melibatkan lebih ramai suku kaum etniknya dalam Pesta Babulang tahun ini.
Pada masa sama, tambahnya, PBS Bandar Limbang akan terus memberi sokongan pada aktiviti social seperti kempen derma darah, anjurkan lawatan di luar dan kawasan Limbang tahun ini.
Dalam pada itu, Ahli Jawatankuasa PBS Cawangan Bandar Limbang Sesi 2023-2024 dibarisi Peter Sakai sebagai Naib Pengerusi, Helimah Muda (Setiausaha), Susieta Kasim (Penolong Setiausaha), Richard Bangkit Ellai (Bendahari) dan Xavier Ginafah Sidop sebagai Penolong Bendahari.
Ahli jawatankuasa lain adalah Cecelia Yalin Silan, Cecelia Sampai Yum, Rohana Burut, Ding Anyie dan Jon@John Bunsuan.
Pencalonan tersebut telah dilaksanakan pada mesyuarat tritahunan dan pemilihan kepimpinan baharu yang diadakan semalam.
Turut hadir, Temenggong Nicholas Boyok Pura merangkap Penasihat PBS Bandar Limbang.
Oleh ADENG EDRUS