Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • FTZ di Tebedu rancak sektor perdagangan
  • TEMPATAN

FTZ di Tebedu rancak sektor perdagangan

Utusan Sarawak 2 years ago

UNTUK ALBUM… Dr Simon Sinang Bada merakamkan gambar bersama peserta Mini Lab Greater Kuching Coordinated Development Agency (GKCDA) Tebedu di Pusat Konvensyen RAIA di sini, semalam. Foto: UKAS

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu, Dr Simon Sinang Bada memuji dan menyokong usaha menubuhkan Pusat Bebas Cukai (FTZ) di Tebedu.

Tegas beliau, setiap kawasan di Sarawak mesti dibangunkan seiring untuk mencapai wawasan mahu menjadi negeri maju berpendapatan tinggi menjelang 2030.

“Penubuhan FTZ ini mampu merancak dan memacukan sektor perdagangan di pintu masuk Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Tebedu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penangguhan Mini Lab Greater Kuching Coordinated Development Agency (GKCDA) Tebedu di Pusat Konvensyen RAIA di sini, semalam.

Katanya, ia akan menyediakan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada pihak Tebedu dan Kalimantan Barat.

“Kita memerlukan kerjasama dan sokongan padu serta komitmen yang tinggi dari semua lapisan rakyat agar dapat membangunkan kawasan Tebedu,” katanya.

Oleh NUR AIN OTSMAN

Continue Reading

Previous: MBAN Sarawak Chapter berhasrat pupuk pertumbuhan syarikat baharu
Next: Datu Ken Leben adakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.