Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Harga petrol, diesel kekal
  • NASIONAL

Harga petrol, diesel kekal

Utusan Sarawak 2 years ago

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 dan RON95, serta diesel tidak berubah bagi tempoh 9 hingga 15 Februari.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan semalam memaklumkan RON97 kekal pada paras RM3.35 seliter, RON95 (RM2.05) dan diesel (RM2.15).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran kedua-dua produk itu melebihi paras harga siling yang ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum berdasarkan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu. – Bernama

Continue Reading

Previous: Gempa Bumi: Denti, Frankie sertai misi SAR mangsa di Turkiye
Next: Sahut program Menu Rahmah, peniaga jual durian RM4.99 sebekas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.