KUCHING: Dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di di Lundu dan Sematan telah ditutup petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menyatakan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sebat dan PPS Balai Raya Kampung Sebat Dayak, ditutup keadaan banjir kilat pulih.
“Seramai 56 penduduk terjejas daripada 17 keluarga ditempatkan di kedua-dua PPS tersebut mula beransur pulang ke rumah masing-masing bagi proses pembersihan” katanya dalam satu kenyataan, petang ini.
Dalam perkembangan lain, pemantauan berterusan masih dilakukan di Kampung Sungai Dalam Batu 8 Lambir, Kampung Lusut Sungai Dalam No 3, Kampung Lusut Jaya 1 di Miri susulan keadaan air meningkat setakat jam 4 petang tadi.
Oleh Mohd Neenatul Aizal