MARUDI: Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Penguang Manggil berkunjung ke rumah terbuka pemimpin masyarakat Tiong Hua untuk mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina, di sini hari ini.
Penguang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) Marudi ditemani isterinya Datin Monica Ukong Jaya.
Antara dikunjungi ialah rumah Ketua Masyarakat Cina, Pemanca Wong Kiong Ching dan Pengerusi Persekutuan Cina Guan Dong Marudi, Chua Leong Seng, Persatuan Burung Walid Marudi, Lio Ung Hieng, Persatuan Foochow Marudi, Huong Yew Hee, Persatuan Hokien Marudi, Chong Chin Kiat dan Kapitan William Lim Kin Hin.
Dalam kunjungan itu, Penguang turut menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan yang memerlukan bantuan iaitu Pauline Teng, Huong Eng Seng, Huong Hoong Kuang, Chua Teck Hin dan Wang Lieng Dei.
Turut bersama rombongan ialah Ketua Bahagian Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah Marudi ASP Cliff Emang Ngau, Pemanca Jamel Sabil, Pemanca Randie Jimbau, Penghulu Hillary Tawan, Penghulu Mohd Noor Aus, Penghulu Keir, Penghulu Jimbau Ena, Kapitan Chin Fong Yung, Kapitan Tie Ching Ming, Walikota Majlis Daerah Marudi, Kaunselor Edward Mendai dan Kaunselor Ruhane Muhd.
Oleh JIKU JUGUONG