KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 7.0 pada skala Richter melanda Utara Laut Maluku, Indonesia pada 2.06 petang tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gegaran itu berlaku pada kedudukan 163 kilometer (km) selatan dari Pulau Talaud, Indonesia dengan kedalaman 67 km.
Bagaimanapun, berdasarkan penilaian awal, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu. – Bernama