SIBU: Sebanyak 10 kerusi khas untuk pemeriksaan tekanan darah akan ditempatkan rumah ibadat di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka.
Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, ini bagi memberi kemudahan kepada masyarakat untuk mememeriksa tekanan darah mereka.
“Kerusi pemeriksaan tekanan darah akan diletakkan di masjid, surau dan gereja di kawasan DUN Nangka.
“Ini akan memudahkan orang ramai yang pergi ke masjid dan gereja untuk memeriksa tekanan darah mereka,” katanya menerusi catatan Facebooknya, hari ini.
Menerusi Facebooknya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka itu turut berkongsi beberapa gambar yang diambilnya dan kakitangan pusat khidmatnya mencuba kerusi pemeriksaan tekanan darah.
“Alat ujian tekanan darah dipasang secara kekal pada kerusi,” katanya.
Oleh AKUN GIMAN