SERIAN: Hujan lebat yang berterusan memaksa sembilan mangsa banjir dari Kampung Melayu Balai Ringin ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), hari ini.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam satu kenyataan media menyatakan kesemua mangsa mula dipindahkan ke PPS Dewan Kampung Melayu Balai Ringin pada jam 12 tengah hari tadi.
Menurut JPBNS, kesemua mangsa yang teribat adalah dari dua keluarga di kampung berkenaan.
Dalam pada itu, JPBNS menasihat agar penduduk sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan bencana banjir.
Keterangan gambar
Mangsa banjir dari Kampung Melayu Balai Ringin ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), hari ini.