AIMAN RAIHAN
SIBU: Bedah, 55 tahun yang berasal dari Lubuk Antu telah berniaga secara kecil-kecilan menjual produk hasil hutan sejak lebih 10 tahun lampau.
Katanya, hanya jualan buluh untuk lemang agak terjejas kerana rakan-rakan Melayu tidak dapat berniaga lemang di sisi jalan pada bulan puasa semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), namun jualan buluh lemang untuk kegunaan keluarga persendirian tetap terdapat permintaan tinggi.
Sementara buluh untuk pansuh masih tetap laris seperti sediakala. Sebatang buluh untuk lemang ialah RM2 manakala untuk pansuh ialah diantara RM2, RM3, RM4 sebatang.
Buluh tersebut diperolehi daripada pembekal dari kawasan Naman, Pakan, Julau dan Batu 16 Jalan Oya.