LAWAS: Kemunculan buah dabai di kawasan perkampungan di Trusan mengamit pengemar buah ini untuk datang ke situ bagi mendapatkan buah yang sukar ditemui ketika di luar musimnya.
Tinjauan Utusan Sarawak mendapati dabai atau lebih dikenali sebagai ‘kembayau’ oleh masyarakat tempatan dan Brunei boleh dibeli pada harga daripada RM25.00 hingga RM35.00 sekilogram.
Buahnya sedap dan amat memuaskan mengikut harga yang ditawarkan.
Kemunculan buah ini turut mengoda pengemar buah kembayau dari negara Brunei untuk membelinya secara borong atau dalam kuantiti yang banyak.
Namun, keadaan itu juga dugaan kepada pembeli tempatan yang terpaksa bersaing dengan rakan negara jiran yang mempunyai nilai mata wang lebih tinggi berbanding Ringgit Malaysia.
Oleh ADENG EDRUS