KUCHING: Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) untuk lawatan empat hari ke Sarawak.
Keberangkatan tiba Raja Permaisuri menggunakan pesawat khas pada jam 1.26 petang tadi disambut oleh isteri Premier Sarawak, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.
Petang ini, Raja Permaisuri Agong berkenan melawat Kompleks Penjara Puncak Borneo bagi menyaksikan Bengkel Songket Penjara Puncak Borneo dan malam ini, baginda menghadiri ‘Food Over Fire Festival and Theatre’ di Fort Margherita.
Esok baginda dijadualkan berangkat ke Damai Golf and Country Club, Santubong, manakala pada sebelah petangnya berkenan melawat Rumah Warisan Tan Sri Datuk Amar Abang Ahmad Urai di Jalan Muda Hashim bagi pelancaran Kampung Heritage Trail-Rumah Warisan Tan Sri Datuk Amar Abang Ahmad Urai.
Raja Permaisuri Agong akan berangkat pulang ke ibu negara pada Khamis, 8 Disember nanti.
Turut hadir menyambut keberangkatan tiba Raja Permaisuri Agong ialah Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.