MUKAH: Anda ingin melupus barangan elektrik terpakai seperti peti sejuk, komputer, mesin basuh dan telefon bimbit?
Datanglah ke Dataran Pehin Setia Raja Mukah pada hari Sabtu dan Ahad ini (3 & 4 Disember).
Barangan yang anda hantar akan dibayar pada kadar yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
Orang ramai boleh menghantar barang elektrik pada kempen pengumpulan peralatan elektrik terpakai selama dua hari itu.
Ia akan bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang, anjuran Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak dengan kerjasama Majlis Daerah Dalat dan Mukah (MDDM) dan beberapa badan berkaitan.
Jenis barangan buangan yang boleh dilupuskan ialah televisyen,mesin basuh, penyaman udara, komputer, telefon bimbit, projektor, kamera, penyaman udara dan peralatan elektrik kecil isi rumah.
Adalah diharapkan penduduk tempatan akan mengambil kesempatan itu untuk melupuskan peralatan elektrik yang rosak atau tidak digunakan lagi
Kempen serupa di sini pernah diadakan pada Oktober tahun lalu anjuran Mukah Power Generation Sdn Bhd (MPG) di Jalan Mukah-Balingian.
Oleh Henry B Siyu