Lori terbabas, pemandu cedera

Facebook
WhatsApp
KEMALANGAN…Lori yang dinaiki seorang lelaki hilang kawalan lalu terbabas di bahu jalan Demak Laut. 

KUCHING: Seorang lelaki cedera ringan apabila lori dipandunya hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan di Jalan Demak Laut menuju ke Bako, pagi ini. 

Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.19 pagi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba Tabuan Jaya bergegas ke lokasi susulan itu.

Maklumat yang diperoleh, pemandu lori dalam usia lingkungan 40an mengalami cedera ringan dan telah dikejarkan ke hospital menggunakan Pasukan Khas Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) Bomba untuk mendapatkan rawatan.

Oleh AZREEN KERIA 

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh jangkaan kemungkinan kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) berikutan