KUCHING: Persidangan hari kedua Mesyuarat Ketiga Bagi Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Kesembilan Belas dimulakan pada 9.05 pagi ini.
Ia dimulakan dengan bacaan doa dan pemasyhuran daripada Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Mohd Asfia Awang Nassar.
Sebelum persidangan ini bermula, Mohd Asfia menzahirkan ucapan tahniah kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas kejayaan memenangi satu lagi kerusi Dewan Rakyat di P220 Baram.
“Maka, keseluruhan kerusi yang dimenangi Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebanyak 23 daripada 31 kerusi dewan rakyat,” katanya.
Asfia turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Ahli Parlimen Baram, Dato Anyi Ngau.
Antara yang berlangsung pada pagi ini ialah pertanyaan bagi jawapan lisan antara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kepada para menteri.