KUCHING: Persidangan hari pertama Mesyuarat Ketiga Bagi Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 bermula jam 9.10 pagi ini.
Ia dimulakan dengan pemasyhuran daripada Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Mohd Asfia Awang Nassar.
Antara Rang Undang-undang (RUU) yang dibentangkan hari ini ialah RUU Pembekalan (2023), 2022.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan membentangkannya.
Esok RUU Aktiviti Elektronik Kerajaan Sarawak, 2022 pula akan dibentangkan oleh Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Julaihi Narawi dan RUU Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) (No.2), 2022 akan dibentangkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Undang-undang, MA63 dan Hubungan Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.
Selain itu, pada Rabu pula RUU Perbadanan Kemajuan Industri Perkayuan Sarawak (Pindaan) 2022 akan dibentangkan oleh Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh dan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Kemajuan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom akan membentangkan RUU Kesihatan Awam Veterinar (Pindaan), 2022.
Oleh NUR AIN OTSMAN, RYNNA SHA’ERRA dan NICKELYSON LAKUN