KANOWIT: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Aaron Ago Dagang mempertahankan kerusi Kanowit dengan majoriti tipis, 236 undi tipis.
Aaron memperoleh 7,411 undi manakala pencabar terdekatnya Mohd Fauzi Nyambong @ Joseph Usit daripada Pakatan Harapan (PH) memperoleh 7,175 undi.
Tiga lagi calon yang bertanding di kerusi itu atas tiket Bebas ialah Michael Lias memperoleh 2,289 undi, Dr Elli Luhat, 427 undi dan George Chen, 741 undi.
Kanowit adalah satu-satunya kerusi parlimen di negeri ini dengan lima calon.