SIBURAN: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Willie Mongin berjaya mengekalkan kerusi Parlimen P198 Puncak Borneo dengan memperoleh 13,338 undi majoriti dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Beliau yang memperoleh 29,457 undi, menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Diog Dios (16,119 undi) dan calon Parti Sarawak Bersatu (PSB), Iana Akam (5,578 undi) dan hilang deposit dengan peratusan keluar mengundi ialah 65.09 peratus.
Keputusan rasmi itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Puncak Borneo, Ranum Bari di Dewan Wawasan SMK Siburan, sebentar tadi.