KUCHING: Berbaki beberapa jam lagi masa dibenarkan untuk mengundi, orang ramai dinasihatkan supaya keluar mengundi.
Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS), Dato Sri Fadillah Yusof berkata mereka hendaklah menunaikan tanggungjawab itu sebaik mungkin.
Mengenai GPS dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), beliau berkata parti itu bukan sahaja bekerja ketika pilihan raya malah sepanjang masa.
“Kita di Sarawak khususnya PBB-GPS bukan hanya bekerja ketika pilihan raya, malah kita bekerja sepanjang masa menyantuni rakyat tidak kira warga emas, belia, agama dan bangsa.
“Melalui strategi yang dirangka oleh Premier Sarawak, semua golongan tidak kira B40, M40, T20 merasai inisiatif/bantuan yang telah dilaksanakan khususnya ketika pandemik Covid19.
“Ini amat membantu dengan sokongan kuat rakyat kerana mereka merasai dan menghargai apa yang telah dilaksanakan oleh GPS.
“Sebab itu, pada PRN12 lepas, kemenangan berpihak kepada GPS. Saya berharap kali ini rakyat Sarawak turut memberi sokongan kuat kepada GPS” katanya kewtika ditemui di sini hari ini.
Oleh AZREEN KERIA