KANOWIT: Kesatuan dalam hubungan kekeluargaan adalah lebih tinggi martabatnya daripada
politik.
Itu kata-kata calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Parlimen Kanowit, Datuk Aaron Ago Dagang.
Beliau berpesan agar masyarakat tidak sewenang-wenangnya terpengaruh dengan kata-kata yang boleh menjatuhkan nilai yang berharga ini.
“Ini kerana politik yang betul adalah hasil daripada rakyat yang mendukung calon.
“Lantaran itu, saya mengingatkan ibu bapa agar menasihati anak-anak mereka supaya tidak mudah terperdaya dengan hasutan orang di sekeliling mahupun di media sosial.
“Tanpa perpaduan, ia boleh menyebabkan perpecahan dan tidak memberi manfaat yang positif kepada parti bahkan kepada rakyat itu sendiri,” katanya pada program ceramah GPS di Rumah Awin, Sg. Mapai dan Rumah Andin, Bejait di sini seperti dilaporkan UKAS.
Hadir sama isteri Datuk Aaron Ago Dagang Datin Ping Bungan, Penghulu Charlie Salang, Penghulu Ron Ugai dan Penghulu Ugap Seribu.