MARUDI :Seramai 115 petugas Suruhanajaya Pilihan Raya (SPR) terkandas di lapangan terbang Marudi dan gagal untuk diterbangkan ke pelbagai pusat pengundian di Hulu Baram kerana cuaca buruk.
Mereka adalah antara 25 pasukan untuk tugasan mengendali pusat pengundian pagi esok, bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15),
Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi Parlimen P.220 Baram, Belayong Pok berkata separuh petugas SPR sudah dihantar melalui penerbangan helikopter dan separuh lagi tidak dapat diterbangkan berikutan cuaca tidak mengizinkan.
Katanya, ada petugas yang sudah diterbangkan tetapi helikopter terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang Marudi berikutan gagal mendarat disebabkan hujan lebat sepanjang hari.
“Kejadian ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Kami akan menghubungi pihak SPR negeri untuk menyelesaikan masalah ini,” katanya.
Beliau berkata berkemungkinan separuh petugas yang terkandas itu mungkin dapat dihantar melalui helikopter awal pagi esok.
Oleh Jiku juguong