JOHOR BAHRU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan satu gempa bumi lemah bermagnitud 3.1 berlaku di perairan Batu Pahat, Johor pada 4.12 petang ini.
Dalam kenyataan hari ini, MetMalaysia memaklumkan pusat gempa dikesan di koordinat 1.7 darjah Utara dan 102.8 darjah Timur, sekitar 18 kilometer (km) barat daya Batu Pahat.
“Gempa bumi berkenaan berlaku pada kedalaman 10 km.
“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut kenyataan itu. – Bernama





