Kualiti udara Lubok Antu merosot, IPU menghampiri 200

Facebook
WhatsApp
BACAAN IPU setakat 4.00 petang ini. Sumber NREB

KUCHING: Kualiti udara di Lubok Antu terus merosot apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) meningkat kepada 190 setakat 4.00 petang ini, sekali gus menghampiri paras 200.

Bacaan itu meningkat lima mata berbanding 185 yang direkodkan pada 12.00 tengah hari tadi, menjadikan Lubok Antu kawasan dengan bacaan IPU tertinggi di Sarawak.

Selain Lubok Antu, tujuh kawasan lain turut merekodkan bacaan pada tahap tidak sihat, iaitu Serian (183), Sri Aman (171), Lundu (165), Tebedu (165), Kuching (157), Samarahan (155) dan Sarikei (154).

Secara keseluruhan, lapan kawasan di Sarawak merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat setakat 4.00 petang, manakala 10 kawasan lagi berada pada tahap sederhana.