MUKAH: Seramai 202 anggota dan pasangan bagi polis daerah Mukah terbabit dalam pengundian awal untuk kawasan Parlimen P.213 Mukah di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah Mukah (IPD Mukah) hari ini.
Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superintenden Polis (DSP) Muhamad Rizal Alias adalah orang pertama mengundi awal di pusat mengundi bagi kawasan Parlimen itu pagi tadi.
Mereka yang layak mengundi itu adalah 73 pegawai dan anggota polis dari IPD Dalat, 123 dari IPD Mukah dan enam orang dari Balai Polis Balingian.
Walaupun pusat pengudian awal dibuka pada jam 8.00 pagi, pengundi dalam kalangan pegawai dan anggota polis sudah kelihatan bersedia menunggu giliran di luar dewan, sebelum itu.
Pengundian ditutup pada jam 5 petang ini.
Turut kelihatan ialah Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi Parlimen Mukah, Shafrie Saili.
Calon Gabungan Parti Sarawak(GPS) bagi Parlimen Mukah, Dato Hanifah Hajar Taib turut kelihat membuat tinjauan di pusat pengundian awal itu.
Hanifah dicabar Abdul Jalil Bujang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) mewakilki gabungan Pakatan Harapan (PH).
Oleh Henry B Siyu