PETALING JAYA: Berbekalkan semangat Ramadan, MAGGI® menyediakan makanan untuk lebih120,000rakyat Malaysia sepanjang Ramadan.
Inisiatif ini adalah sebahagian daripada sumbangan RM15 juta Nestlé Malaysia dalam usaha membantu memerangi wabak Covid-19 di bawah inisiatif Nestlé Cares selaras dengan komitmen syarikat untuk menyokong rakyat Malaysia pada masa yang mencabar ini.
Sudah menjadi satu tradisi yang diamalkan MAGGI® sejak bertahun-tahun lamanya untuk mengagihkan makanan tradisional MAGGI® bubur lambuk kepada orang ramai untuk berbuka puasa pada Ramadan penuh keberkatan.
Tahun ini, lebih120,000 mangkuk MAGGI® bubur lambuk diagihkan bersama 20,000 pek makanan dan minuman Nestlé kepada keluarga B40 dan pelajar, masyarakat kurang bernasib baik meliputi rumah kebajikan dan rumah anak yatim, petugas penjagaan kesihatan serta petugas barisan hadapan yang lain termasuk Polis Diraja Malaysia dan angkatan tentera yang memainkan peranan penting dalam perjuangan negara menentang pandemik.
Pegawai Eksekutif Perniagaan, MAGGI®, Nestlé (Malaysia) Berhad, Geetha Balakrishna berkata, “Kami bertuah kerana dapat meneruskan usaha kami untuk mengagihkan makanan berkhasiat kepada rakyat Malaysia.
“Walaupun ini adalah inisiatif tahunan MAGGI® diadakan sepanjang bulan puasa, tetapi tahun ini dilihat lebih penting bagi kami untuk menyumbang kepada mereka memerlukan, dan juga menunjukkan penghargaan kami kepada petugas barisan hadapan yang bekerja keras pada masa sukar sekarang.”
Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad, Juan Aranols menambah, “Ini adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk menyokong masyarakat memerlukan sebagai sebahagian daripada program bantuan Nestlé Cares Covid-19 kami.
“Sesungguhnya ini sangat bermakna bagi kami. Ramadan merupakan masa untuk menunjukkan belas kasihan dan bersedekah.
“Kami berharap usaha dari MAGGI ini akan memberi perbezaan positif bagi banyak pihak, begitu juga inisiatif lain dalam persiapan di bawah jenama kami yang berbeza.
Semuanya akan terus mencerminkan matlamat Nestle untuk meningkatkan kualiti hidup dan menyumbang kepada masa depan yang lebih sihat, serta komitmen khusus kami untuk menyokong keluarga Malaysia di saat-saat memerlukan ini.”
Bagi mencerminkan matlamat Kumpulan untuk meningkatkan kualiti hidup dan menyumbang kepada masa depan yang lebih sihat, Nestlé terus komited dalam memainkan peranannya untuk membantu rakyat Malaysia menempuhi masa-masa yang sukar ini melalui inisiatifnya yang pelbagai.