KUCHING: Kawasan Puncak Borneo mampu menjadi ‘tourism belt’, atau antara pengeluar produk pelancongan bertaraf dunia.
Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin berkata, kawasan itu boleh membekalkan produk pertanian dan sumber pertanian kepada Sarawak dan seluruh negara.
“Selain itu Puncak Borneo berpotensi sebagai pusat tumpuan orang ramai jika sektor pembangunan dan infrastruktur di kawasan ini dinaiktaraf.
“Kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air terawat, bekalan elektrik, rangkaian telekomunikasi dan dewan serbaguna yang lengkap perlu dipertingkatkan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media pada majlis Pelancaran Jentera PRU-15 GPS Parlimen Puncak Borneo di Dewan Kampung Sinjok dekat Siburan.
Oleh Mohd Neenatul Aizal