Ahmad Johnie serta gotong-royong  

Facebook
WhatsApp
Ahmad Johnie (tengah) bergambar kenangan bersama peserta pada program gotong-royong membersih perkuburan Islam di Kampung Tian, Matu.

MATU: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi pagi ini menyertai program gotong-royong membersih Perkuburan Islam Kampung Tian, Matu.

Beberapa sukarelawan tampil untuk memeriah acara amal itu.

Semalam, beliau bergotong-royong membersih kawasan perkuburan Islam di Kampung Bawang di sini.