KUCHING: Manifesto Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15) bermatlamat antara lain untuk mengembali hak yang terhakis dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Stakan, Datuk Sim Kiang Chiok berkata manifesto itu berbeza daripada negeri lain tetapi khusus untuk Sarawakj dan rakyat Sarawak.
Malah katanya, ini juga adalah manifesto pertama kali oleh GPS untuk pilihan raya umum.
“Ia adalah untuk mengembalikan semua hak kami di bawah MA63 sebagaimana yang telah dipersetujui oleh nenek moyang kita, untuk kita semua dan anak-anak kita.
“Terdapat ekonomi baharu untuk Sarawak dan kekayaan baharu untuk rakyat Sarawak sekarang dan generasi masa depan kita.
“Kami (di Sarawak) mempunyai banyak perkahwinan campur selama berabad-abad antara kaum yang berbeza.Kami mahu semua warga Sarawak hidup dalam harmoni dengan menerima semua kaum dan agama sebagai cara hidup kami di Sarawak.
“Kebebasan kami untuk mengamalkan agama kami adalah pengukuhan dan galakan di bawah Unit Untuk Agama Lain (UNIFOR) kerana GPS mengumpulkan sokongannya dengan perpaduan dan tidak berpecah dan memerintah tidak seperti di Tanah Melayu,” katanya dalam kenyataan semalam.
Mengenai pendidikan, beliau berkata SUPP/GPS mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) supaya anak-anak Sarawak boleh mendapat manfaat.
Sim berkata GPS ialah gabungan yang tepat untuk menyokong.
Beliau menyeru kepada rakyat Sarawak supaya mengundi GPS pada 19 November nanti, untuk melindungi cara hidup yang stabil, progresif dan makmur.
Oleh Mohd Neenatul Aizal