Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Masa depan negara di tangan pengundi
  • PRU-15
  • SEMASA

Masa depan negara di tangan pengundi

Utusan Sarawak 3 years ago

Dato Sri Dr Sim Kui Hian pada Malam Perpaduan SUPP anjuran SUPP Cawangan Kuching, malam tadi.

CONNIE CHIENG

KUCHING: Masa depan negara terletak dalam tangan pengundi negeri ini untuk menentukan sama ada 31 calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) diundi ke Parlimen.

Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Dato Sri Dr. Sim Kui Hian berkata pengundi perlu memilih dengan sewajarnya calon yang akan mewakili suara mereka ke peringkat Parlimen nanti.

Dr Sim yang juga Timbalan Premier Sarawak berkata, sejak 59 tahun lalu, Sarawak langsung tidak bersuara apabila berada di bawah ‘saudara besar’ di Tanah Melayu yang mengaut lebih banyak faedah berbanding negeri ini.

“Seperti kata pepatah Cina, “Fengsui beredar” (bermaksud semua orang akan mendapat peluang mereka) dan buat pertama kali dalam 60 tahun ini, Sarawak akhirnya akan bersuara dalam pentadbiran negara sekiranya kita menghantar pasukan yang kuat ke Parlimen,” katanya pada Malam Perpaduan SUPP anjuran SUPP Cawangan Kuching, malam tadi.

Beliau menegaskan bahawa keadaan di Semenanjung memberikan Sarawak kelebihan untuk menjadi ‘kingmaker’ kerana politik Sarawak tidak pernah huru-hara atau kucar-kacir seperti mereka.

“Lihat pencalonan mereka. Setiap perlembagaan mempunyai sekurang-kurangnya empat atau lebih calon. Ini hanya menunjukkan perebutan kuasa mereka. Selepas penamaan calon, anda boleh lihat daripada semua pihak, ada yang meletak jawatan. Jika ini bukan ketidakstabilan, maka anda beritahu saya apa itu.

“GPS sentiasa berada dalam keadaan terkawal baik dari aspek politik, pentadbiran negeri adalah kukuh. Jadi kali ini adalah masa untuk kita bersinar.

“Kita mampu untuk menang kesemua 31 kerusi yang dipertaruhkan termasuk Bandar Kuching dan Stampin.

“Pada 19 November ini, siapa tahu siapa yang akan jadi kerajaan? Tidak semestinya UMNO. Tetapi siapa pun kerajaan, akan memerlukan GPS. Ia adalah keputusan yang akan kita buat.

“Ketika itulah kita boleh duduk berbincang dengan mereka untuk memutuskan siapa yang patut menjadi kerajaan. Kami perlu menang dahulu, jika tidak, kami tidak akan mempunyai kuasa untuk perundingan tersebut,” katanya.

Dengan kehadiran 800 orang pada majlis makan malam itu, Dr. Sim berharap mereka harus mengundi Eric Tay Tze Kok dan Lo Khere Chiang.

Continue Reading

Previous: Kuatkan suara ‘anak Sarawak’ di Parlimen 
Next: “Tak kira PH, PKR,  yang penting GPS menang 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.