“Hari tok meluangkan masa ‘walkabout’ sambil beramah mesra dengan penduduk kampung di sepanjang tebingan sungai Kampung Boyan, Gersik dan Sourbaya.
“Toklah tempat kamek selalu main gik kecik-kecik dolok marek dari Kampung Panglima Seman Lama sampe ke Kampung Boyan, berjual kerepek dipolah mak. Rindu bena kamek❤️,” kata calon kerusi Parlimen Santubong, Dato Sri Nancy Shukri dalam facebooknya.
Nancy yang juga Naib Ketua Wanita PBB melakukan kempen itu bersama jentera Gabungan Parti Sarawak (GPS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai.
Seterusnya, Nancy mencoret: “Jangan lupak semua, undilah kamek calon No.1, Parti Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi Parlimen P.193 Santubong. 💪🏻.
Nancy adalah penyandang kerusi Parlimen Batang Sadong tetapi kali ini berubah tempat untuk bertanding kerusi Parlimen Santubong, menggantikan Dato Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang mengundur diri secara sukarela.