MOHD NEENATUL AIZAL
KUCHING: Seramai 3,677 pegawai dan anggota polis dikerah untuk mengawasi perjalanan proses penamaan calon di semua daerah di negeri ini, esok.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, mereka akan terlibat dalam memastikan keselamatan dan kelancaran sepanjang Piliihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Malah katanya, 12 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) sudah membuat persediaan untuk menutup jalan berdekatan dengan pusat penamaan calon di setiap daerah di seluruh negeri.
“Seramai 3,667 anggota atau 37.32 peratus itu adalah bagi fasa pertama, untuk penamaan calon, manakala bagi fasa kedua seramai 30.32 peratus melibatkan 2,979 anggota.
“Bagi hari mengundi awal atau fasa ketiga akan melibatkan 3,417 pegawai dan anggota, manakala fasa keempat iaitu hari mengundi merangkumi 78.37 peratus atau 7,701 anggota,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Terdahulu, beliau melakukan acara simbolik pelepasan untuk 76 pegawai kanan terdiri daripada Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PPKPR) dan Fungsi Pusat Kawalan Daerah (DCC).
Pegawai terbabit ditugaskan membantu sepanjang PRU-15.
Berikut adalah pusat penamaan membabitkan beberapa penutupan jalan.
- Dewan Suarah Limbang (Jalan Penyiaran)
- Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak, Bahagian Serian (Jalan Tangga By-Pass,Serian)
- Dewan Suarah Bau (Jalan Lee Khoi Chun)
- Dewan Suarah Kota Samarahan (Jalan Kampung Tanjung Bundong,Depan Dewan Suarah Kota Samarahan)
- Pejabat Daerah Sri Aman (Jalan Resak menghala ke jalan Main Bazaar Sri Aman)
- Dewan Masyarakat Sri Krian (Jalan Ong Ho San, Jalan Pembangunan dan Jalan Abu Talip)
- Dewan Sri Merpati, IKM Kuching (Jalan Kemahiran)
- Dewan Al-Muneerah SMK Petra Jaya (Jalan Duranta)
- Dewan Masyarakat Jalan Padungan (Jalan Padungan
- Jalan Tan Sri Datuk Willian Tan Simpang Masuk ke MBKS).
- Dewan Suarah Sarikei (Jalan Sentral/Jalan Repok, Jalan Wharf/Jalan Market,Jalan Sentral Belakang Balai CPS, Jalan Nyelong/Jalan Repok, Jalan Nyelong Sebelah TM berdekatan Simpang Masuk Jalan Berek, Jalan Getah belakang Majlis Daerah Sarikei MDS)
- Pejabat Daerah Padawan (Jalan Kampung Siburan hadapan Pejabat Daerah Siburan
- Dewan Interim ILP Miri (Jalan Kuala Baram by Pass menghala ke Permyjaya bermula dari Simpang Jalan Ilmu ke Simpang Jalan Tudan
- Majlis Daerah Lawas, (KM 1 Jalan Trusan Bypass Majlis Daerah Lawas
- Pejabat Daerah Kanowit (Jalan Kanowit-Durin)