Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • GPS tampil 5 calon wanita
  • PRU-15
  • SEMASA

GPS tampil 5 calon wanita

Utusan Sarawak 3 years ago

Ketua Wanita GPS, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, jentera pergerakan wanita gabungan itu akan bekerja keras untuk memastikan kemenangan di kelima-lima kerusi Parlimen yang ditandingi itu.

AZREEN KERIA

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) menampilkan lima calon wanita untuk bersaing pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kali ini.

Ketua Wanita GPS, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, jentera pergerakan wanita gabungan itu akan bekerja keras untuk memastikan kemenangan di kelima-lima kerusi Parlimen yang ditandingi itu.
 
“Wanita pun kita tambah dua iaitu Rodiyah Sapiee (Batang Sadong) dan Dato’ Sri Doris Sophia Brodi (Sri Aman).

“Jentera wanita PBB akan bekerja keras untuk memastikan bukan sahaja kerusi yang diwakili wanita tetapi semua 31 kerusi dapat dimenangi GPS,”katanya selepas penyerahan watikah kepada 31 calon GPS di Ibu Pejabat PBB di sini, hari ini. 

Beliau berkata, sudah tentu GPS mempunyai hala tuju untuk mencapai hasrat menjadikan Sarawak negeri berpendapatan tinggi pada 2030.

“Semua yang bertanding bermula dengan muka baharu. Namun apa yang paling penting dalam mana-mana pilihan raya, adalah jentera parti. 

“Semua calon bertanding buat pertama kali di bawah GPS sebelum ini termasuk pada pilihan negeri lalu, menang besar dan membuktikan janji dikotakan,” katanya.

Lima calon wanita GPS adalah Dato Sri Nancy Shukri yang akan bertanding di kerusi Parlimen Santubong, Datuk Rubiah Wang (Kota  Samarahan), Rodiyah Sapiee (Batang Sadong), Dato Sri Doris Sophia Brodi (Sri Aman) dan Dato Hanifah Hajar Taib (Mukah). 

Continue Reading

Previous: Doris mahu terus kempen, menangi hati orang Sri Aman
Next: Gabungan muka lama, baharu mampu bawa idea segar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.