Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Nancy ke Santubong, Willie tanding Puncak Borneo
  • PRU-15
  • SEMASA

Nancy ke Santubong, Willie tanding Puncak Borneo

Utusan Sarawak 3 years ago

KUCHING: Penyandang kerusi Batang Sadong, Datuk Sri Nancy Shukri, 61, sah berpindah untuk bertanding kerusi Parlimen Santubong.

Penyandang kerusi Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin,47, turut disahkan bertanding.

Ini diumumkan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang juga Pengerusi GPS sebentar tadi.

Nancy mengambil alih kerusi Santubong yang sebelum ini disandang Dato Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, kini mengundur diri.

Kerusi Nancy di Batang Sadong pula diisi muka baharu Rodiyah Sapiee.

Willie pula memenangi kerusi Parlimen Puncak Borneo sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada PRU-14 2018, tetapi diterima menganggotai PBB 6 Ogos lalu tanpa sebarang komitmen.

Continue Reading

Previous: GPS tampil 14 muka baharu
Next: Nancy janji lakukan terbaik untuk Santubong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.