CONNIE CHIENG
KUCHING: Kemenangan besar parti dari Sarawak dan Sabah akan menjadikan Borneo sebagai penentu Kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang berkata keadaan itu juga akan membantu usaha menuntut hak seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Oleh itu katanya, PRU-15 ini bukan untuk bekerjasama dengan UMNO atau Pakatan Harapan (PH) tetapi ia akan melibatkan Gabungan Parti Sarawak (GPS).
“GPS bertanding 31 kerusi, manakala Sabah ada 25 kerusi. Keadaan ini boleh menjadikan kedua-dua negeri ini sebagai ‘raja’ dan akan menuntut hak Sarawak dalam MA63.
Tambahnya lagi, beliau mahu melihat pemimpin jujur bangkit dalam pilihan raya ini dan yakin Malaya akan cuba ‘memanggil’ Sarawak supaya mereka boleh menjadi kerajaan,” katanya hari ini.
Katanya, pada malam kelmarin SUPP Batu Kitang mengadakan mesyuarat jawatankuasa pemilihan yang pertama.
Mesyuarat itu sebagai persediaan menghadapi PRU-15, sekali gus memilih jawatankuasa kerja pilihan raya untuk PRU-15 dan pada masa sama untuk memenangi semula kerusi Parlimen Stampin.