Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Perlu ada format standard bagi tuntutan banjir
  • TEMPATAN

Perlu ada format standard bagi tuntutan banjir

Utusan Sarawak 3 years ago

Apa jua keputusan yang dibuat oleh Kabinet Kerajaan Persekutuan mengenai perkara itu hendaklah boleh diguna pakai di Sarawak. - Datuk Amar Douglas Uggah Embas

KUCHING: Satu format standard mengenai pampasan yang boleh dituntut oleh mangsa banjir di seluruh negara perlu diwujudkan, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Beliau berkata, apa jua keputusan yang dibuat oleh Kabinet Kerajaan Persekutuan mengenai perkara itu hendaklah boleh diguna pakai di Sarawak.

“Kita perlu tahu apa yang boleh dituntut oleh mangsa banjir sebagai pampasan. Bolehkah mereka membuat tuntutan bagi kenderaan, peralatan elektrik, ternakan dan tanaman yang musnah akibat banjir seperti di Semenanjung?

“Perkara itu telah dibangkitkan pada sidang Parlimen baru-baru ini yang mempersoal mengapa Sarawak dikecualikan daripada bayaran pampasan. Seorang timbalan menteri menjawab bahawa tiada permohonan sedemikian daripada negeri ini,” menurutnya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Uggah, yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Banjir Negeri (JPBN) turut meminta kerajaan persekutuan menjelaskan sama ada mangsa yang enggan berada di pusat pemindahan layak menerima ‘Wang Ihsan Banjir.’

Beliau turut meminta Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) membekalkan sistem komunikasi yang berkesan bagi mendekati petempatan dan rumah panjang di kawasan pedalaman.

Katanya kini, komunikasi antara penduduk di kawasan terbabit dengan sekretariat JPBN adalah melalui radio amatur. – Bernama

Continue Reading

Previous: 807,603 hektar tanah diwarta Rizab Komunal Bumiputera
Next: GPS sedia berdepan pembangkang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.