KUCHING: Dua warga emas tersepit apabila kereta jenis Perodua Kancil yang dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Batu Kawa pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 9.23 pagi.
Apabila sampai dilokasi kejadian, Komander Operasi, Awang Saifull Awang Nusi memberitahu, kedua-dua mangsa bagaimanapun berjaya dikeluarkan dari kenderaan itu sebelum ketibaan anggota Bomba dan dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Mangsa perempuan dikenali sebagai Ten Kee Moi berusia 68 tahun manakala lelaki, Bong Vui Kuet berusia 66 tahun.
Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 9.54 pagi.

Sultan Pahang berkenan hadiri santapan malam di Kuching
KUCHING: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli menghadiri Majlis Santapan Malam sempena keberangkatan tiba baginda



