BUNDESLIGA JERMAN
BAYERN Munich dan Manchester City dilaporkan hampir bersetuju mengenai bayaran perpindahan pemain sayap Jerman, Leroy Sane, menurut media Jerman semalam.
Majalah Kicker mendakwa City mahukan 50 juta Euro untuk Sane yang berusia 24 tahun, tetapi Bayern menawarkan 40 juta Euro.
Minggu lalu, majalah Sport Bild melaporkan bahawa Sane telah menyetujui dengan perpindahan ke Bayern dengan kontrak lima tahun.
Kicker mendakwa pemyandang juara Bundesliga, Bayern telah memutuskan perbincangan dengan penyerang RB Leipzig dari Jerman, Timo Werner, kerana mereka sudah hampir mencapai kesepakatan dengan Sane.
Sejak berpindah dari Schalke pada 2016 dengan harga yang dilaporkan bernilai sekitar 50 juta Euro, Sane telah memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris dua kali di bawah kendalian Pep Guardiola di City.
Namun, dia tidak bermain untuk pasukan pertama sejak mengalami kecederaan ligamen lutut dalam perlawanan Community Shield menentang Liverpool pada Ogos tahun lalu.
Kicker mendakwa City menginginkan 125 juta Euro untuk Sane sebelum mengalami kecederaan. – AFP