AUDIOLAB… Hearing di Kuching terletak di Ground Floor, Lot 13768 SL 98, Metrocity Block 3, Jalan Matang, 93050, Kuching Sarawak.
KUCHING: Audiolab adalah nama yang sudah tidak asing lagi di dalam industri pusat penjagaan pendengaran malah ia merupakan di antara pusat penjagaan pendengaran yang terbaik di Malaysia.
Audiolab telah beroperasi lebih daripada 20 tahun dan mempunyai 22 cawangan di seluruh negara. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai lebih daripada 30 audiologis professional yang bersedia untuk memberikan anda perkhidmatan yang terbaik.
Pada 1 March 2022, Audiolab buat terulung kalinya membuka cawangan mereka di Sarawak. Cawangan ini bertempat di Bandar Raya Kuching dan merupakan cawangan Audiolab yang ke-22.
Audiolab Hearing di Kuching terletak di Ground Floor, Lot 13768 SL 98, Metrocity Block 3, Jalan Matang, 93050, Kuching Sarawak.
Kurang pasti apakah definisi masalah pendengaran?. Se- seorang dikatakan mengalami kehilangan pendengaran jika mereka tidak dapat mendengar dengan jelas. Masalah pendengaran mempunyai pelbagai tahap. Terdapat tahap yang ringan, sederhana, sederhana teruk, teruk atau sangat teruk, dan boleh menjejaskan satu atau kedua-dua telinga.
Faktor utama masalah pende- ngaran agak sukar untuk dikenal pasti. Ia boleh disebabkan oleh beberapa faktor, iaitu: genetik, penuaan, pendedahan kepada bunyi bising, beberapa jangkitan, trauma pada telinga dan ubat tertentu.
Kesan kehilangan pendengaran adalah banyak dan boleh menjadi teruk. Antaranya adalah kehilangan keupayaan untuk berkomunikasi dengan orang lain.
Selain itu, ia boleh menyebabkan pengasingan sosial, kesunyian dan kekecewaan. Perkara ini cenderung terjadi dalam kalangan orang tua yang mengalami masalah pendengaran. Masalah pendengaran juga mampu mempengaruhi prestasi akademik dan kualiti pekerjaan.
Di samping itu, masalah pendengaran adalah di antara masalah kesihatan yang agak mengelirukan kerana kebanyakan pesakit yang mengalaminya kurang pasti di mana untuk mendapatkan pertolongan yang tepat untuk me- rawat penyakit mereka. Keba- nyakan pesakit yang mengalami masalah pendengaran akan keliru sama ada mereka perlu menda- patkan rawatan di hospital atau klinik biasa.
Sekarang dengan adanya Au- diolab, anda boleh melakukan ujian pendengaran tanpa dirujuk ke mana-mana institut lagi. Audiolab adalah tempat yang tepat untuk anda dapatkan rawatan jika anda mempunyai masalah telinga yang bukan di dalam ka- tegori perubatan. Namun begitu, jika masalah telinga anda adalah berkaitan dengan sakit telinga dan telinga bernanah, anda harus mendapatkan rawatan di hospital atau di klinik berdekatan.
Jika anda tidak tahu sama ada anda memiliki masalah pendengaran atau tidak, jangan bimbang! Ini kerana Audiolab turut menawarkan saringan pemeriksaan pendengaran secara PERCUMA. Bukan itu sahaja, saringan peme- riksaan pendengaran percuma ini tidak tertakluk kepada orang dewasa sahaja namun ianya terbuka kepada semua peringkat umur.
Untuk pengetahuan anda, saringan pemeriksaan pende- ngaran percuma ini tidak terhad kepada cawangan di Kuching, Sarawak, sahaja malah ia ada ditawarkan di semua cawangan Audiolab di seluruh Malaysia.
Selain itu, Audiolab juga menawarkan percubaan alat pende- ngaran secara percuma di rumah selama tujuh hari untuk golongan dewasa. Setelah anda selesai membuat penilaian pendengaran, anda boleh memilih untuk mencuba alat pendengaran yang bersesuaian dengan masalah anda untuk dianalisa kualitinya selama seminggu di keselesaan rumah anda.
Ini adalah inisiatif Audiolab untuk memberikan anda peluang untuk merasai pengalaman menggunakan alat pendengaran berkualiti tinggi yang terdapat di Audiolab. Namun begitu, tidak semua alat pendengaran yang boleh dicuba secara percuma.
Untuk mengetahui lebih lanjut alat pendengaran yang manakah boleh dicuba secara percuma, anda boleh bertanya di mana-mana cawangan Audiolab.
Oleh itu, jika anda berminat untuk membuat penilaian pende- ngaran, anda boleh dapatkan maklumat lanjut di laman web rasmi Audiolab www.audiolab.com.my atau hubungi talian utama mereka 1-800-22-0202.