Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Tengku Permaisuri Selangor rasmi Avisena Renal Care
  • NASIONAL

Tengku Permaisuri Selangor rasmi Avisena Renal Care

Utusan Sarawak 3 years ago

TENGKU Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan melawat tapak pameran ketika hadir ke Majlis Perasmian Pusat Dialisis Avisena di sebuah hotel semalam. Turut mengiringi Pengarah Eksekutif dan Perunding Nefrologi Pusat Dialisis Avisena Dr. Rashidi Saidin. • Foto BERNAMA

SHAH ALAM: Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin semalam berkenan menyempurnakan perasmian pusat penjagaan kesihatan buah pinggang, Avisena Renal Care di sini semalam.

Keberangkatan baginda diiringi oleh Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif Avisena Healthcare yang juga merupakan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Pengarah Eksekutif Avisena Renal Care Dr Rashidi Saidin berkata, pusat penjagaan itu menyasar untuk berkembang kepada 10 pusat dialisis menjelang akhir 2026.

“Dengan jumlah pusat tersebut, Avisena Renal Care akan menampung kapasiti keseluruhan sebanyak 170 kerusi dialisis yang mampu merawat sehingga 1,000 pesakit,” katanya ketika berucap pada majlis itu.

Avisena Renal Care merangkumi rawatan hemodialisis, rawatan dialisis peritineal (PD), kaunseling rawatan pradialisis, perkhidmatan dietetik, penjagaan fistula arteriovenous, dan prapermindahan work-up (melalui kerjasama dengan Hospital Universiti Teknologi MARA). – Bernama

Continue Reading

Previous: MOTAC sasar pendapatan pelancongan RM11.1 bilion
Next: WTC meriah, ramai teruja saksi pelancaran MEASAT-3d

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.