Jasa Ronnie terus dikenang

Facebook
WhatsApp
Ronnie Theseira lifts weights five days a week to remain fit enough to coach and spar.

KELUARGA Malaysia akan sentiasa mengenang jasa dan pengorbanan mendiang Ronnie Ignatius Theseira dalam sukan lawan pedang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 

Menerusi catatan di Facebook rasmi beliau hari ini, Ismail Sabri berkata negara kehilangan seorang legenda yang dihormati dalam sukan lawan pedang negara berikutan pemergian Ronnie, Sabtu lepas. 

“Takziah saya ucapkan kepada keluarga atlet Olimpik Tokyo 1964 itu dan berharap mereka terus tabah  menghadapi dugaan ini,” kata Ismail Sabri.

Ronnie, 92, yang membantu memperkenalkan sukan lawan pedang di Malaysia sekitar 1950-an, meninggal dunia akibat sakit tua.

Mendiang yang pernah mewakili Malaysia pada Sukan Olimpik 1964 di Tokyo merupakan pengasas Persatuan Lawan Pedang Amatur Malaysia selain pernah melatih kebanyakan bekas atlet negara pada era 1970-an dan 1980-an.-Bernama

Zidane mulakan tugas dalam era baharu Perancis

PARIS, Perancis: Zinedine Zidane bertahun-tahun menanti peluang untuk mengendalikan pasukan kebangsaan Perancis dan pada Jumaat ini, pengganti Didier Deschamps sebagai

Sesko tarik diri daripada skuad Slovenia

LONDON, United Kingdom: Penyerang Manchester United, Benjamin Sesko, menarik diri daripada skuad Slovenia bagi saingan Liga Negara-Negara UEFA selepas tidak