BERUCAP… Datuk Snowdan Lawan berucap pada Majlis Perasmian Litar Latihan Sukan Permotoran Petra Jaya.
PETRA Jaya Kelab Sukan Permotoran (PJM) menjadi kelab pertama yang menjadi pengendali litar latihan sukan permotoran di Sarawak.
Timbalan Menteri Belia,Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Snowdan Lawan berkata, kerajaan negeri telah memberikan kelulusan bagi PJM untuk mengendali litar latihan sukan permotoran di Sarawak.
“Ini adalah pengendali bebas di mana semua kos berkaitan dengan peningkatan, penyelenggaraan penambahbaikan adalah di bawah pembiayaan mereka sendiri dan ini adalah langkah positif kelab sukan permotoran untuk menjayakan projek ini.
“Malah dengan adanya litar latihan sukan permotoran ini dikendalilan oleh pelumba motor yang pengalaman dan pakar dalam membentuk mereka menjadi pelumba aktif berdaya saing.
“Dengan komitmen dan semangat yang sedemikian, kami ingin menyokong projek ini kerana ia adalah untuk pembangunan sukan permotoran untuk Sarawak,”katanya ketika berucap pada Pelancaran Rasmi Litar Latihan Sukan Permotoran Petra Jaya.
Beliau turut menjelaskan, bahawa ini adalah masa yang sesuai untuk lebih fokus kepada sukan permotoran untuk memajukan lagi sukan tersebut di Sarawak terutamanya di kalangan pelumba dan peminat tempatan.
Untuk rekod, PJM telah digubal pada September 2021 dan pada 22 November 2021 dan kelab ini mendapat kelulusan daripada Pesuruhjaya Sukan Sarawak.
Tambah Snowdan, kos untuk menaik taraf trek ini agak besar apabila PJM menukar tempat letak kereta kepada litar latihan, permukaan jalan adalah tidak sesuai dan tidak selamat.
“Langkah yang telah diambil oleh PJM adalah untuk menutup tar permukaan jalan semula. Seperti yang kita boleh lihat sekarang, permukaan jalan lebih baik dan selamat untuk latihan perlumbaan motor dijalankan.
“Kami berharap PJM akan meneruskan objektifnya untuk menjadikan litar ini sebagai tempat latihan kepada penggemar motor.”
Beliau turut dimaklumkan bahawa PJM sedang berusaha untuk merangka strategi untuk membantu pihak berkuasa menyekat perlumbaan haram di jalan raya.
“Kami juga berharap PJM dapat menghulurkan bantuan menjadikan mereka pelumba berpotensi dalam perlumbaan litar. Libatkan mereka dengan kelab anda.
“Oleh itu, dengan cara ini mereka tidak akan membahayakan nyawa mereka dan nyawa pengguna jalan raya yang lain,” tegas beliau.
Jelasnya lagi, kita ingin melihat ramai daripada anak-anak muda yang minat dalam sukan permotoroan berada pada landasan yang betul.
Oleh AZREEN KERIA