ANEKA PILIHAN BUAH SEGAR… Emart King Centre turut menjual pelbagai jenis buahbuahan segar.
KUCHING: Cawangan Emart yang ke-13, Emart King Centre mula beroperasi hari ini (10Jun), 8.00 pagi dengan semua keperluan yang diperlukan oleh pelanggan boleh didapati di bawah satu bumbung.
Emart berasa teruja untuk berkongsi berita baik tersebut kepada semua penduduk di kawasan Tun Jugah, Tabuan Jaya dan Chung Lin Park kerana barang keperluan yang diperlukan semua boleh didapati di Emart King Centre.
Emart King Centre pada hari ini juga akan menganjurkan pelbagai jenis promosi dan jualan murah kepada para pelanggan.
Jumlah keluasan tiga tingkat Emart King Centre adalah 120,700 kaki persegi. Pelbagai jenis produk segar seperti makanan laut, ayam dan daging akan dihantar kepada Emart King Centre setiap hari.
Pelanggan boleh mendapatkan barang keperluan harian mereka di tempat yang bersih dan selesa.
Di tingkat bawah Emart King Centre, pelanggan boleh mendapatkan pelbagai jenis produk tempatan dan import termasuk buah-buahan, sayur segar, barangan import, barangan non-halal, barangan kering, roti, minuman dan barangan runcit.
Di tingkat kedua Emart King Centre pula, pelanggan boleh mendapatkan produk penjagaan peribadi, produk pembersihan rumah, lampin bayi, produk aksesori bayi dan barang keperluan rumah.
Waktu operasi Pusat Beli-Belah Emart King Centre bermula 8.00 pagi sehingga 10.00 malam, manakala waktu operasi pusat membeli-belah (kedai sewa) adalah dari 10.00 pagi sehingga 10.00 malam setiap hari.
Untuk memeriahkan lagi suasana pembukaan Emart King Centre, pelbagai jenis kedai sewa termasuk 100%, Potato Story, TMC, Bakers Talk, Ronnie Optics dan lain-lain lagi turut disediakan untuk para pelanggan membeli-belah.
Manakala, Watsons dan Super Save dijangka akan dibuka pada Julai yang akan melanda ini. Emart DIY King Centre yang terletak di tingkat ketiga, akan dibuka tidak lama lagi pada Julai ini yang akan datang ini.
Tujuan pembukaan Emart DIY yang pertama di Kuching ini adalah untuk menjadi destinasi pembelian untuk semua keperluan rumah, termasuk peralatan rumah dan perabot DIY.
Selain itu, siri promosi sempena pembukaan Emart King Centre akan berlangsung selama sebulan, bermula dari 10 Jun 2022.
Emart King Centre juga akan mengadakan peraduan bergambar – Shop, Snap & Win Photo Contest pada hari pembukaan tersebut. Dengan minima perbelanjaan berjumlah RM60 dan ke atas dalam satu resit di pasaraya Emart, para pelanggan akan mendapat resit tiket untuk menyertai peraduan bergambar dan berpeluang untuk memenangi hadiah jumlah bernilai RM1,360. Tambahan pula, para pelanggan boleh menebus hadiah GWP seperti mangkuk tingkat, cawan POKKA, minuman gas berkarbonat coca-cola atau heaven & earth secara percuma. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Tambahan pula, kedai sewa akan menganjurkan promosi hebat sempena dengan pembukaan Emart King Centre ini. Pelanggan juga boleh menikmati parkir kereta bawah tanah secara percuma untuk setiap pembelian barangan pasaraya Emart bernilai RM10 & ke atas dalam satu resit pembelian. Selain itu, Emart juga akan mengadakan majlis perasmian secara besar-besaran pada bulan Julai yang bakal menjelang nanti!
Orang ramai boleh berkunjung ke kaunter keahlian yang terletak di tingkat bawah untuk sebarang pertanyaan mengenai keahlian Emart. Pelanggan juga boleh membuat pendaftaran secara atas talian melalui pautan: https://member.emart.my/register untuk mengurangkan kesesakan di kaunter keahlian.
Sila log masuk ke Laman web rasmi Emart www.emart.my atau laman facebook rasmi Emart Malaysia www.facebook.com/EmartMY untuk maklumat lanjut.