STEFANOS Tsitsipas kembali daripada ambang kekalahan untuk mara ke pusingan kedua Terbuka Perancis ketika Roland Garros sekali lagi dibayangi oleh krisis yang melanda Wimbledon.
Pilihan keempat dan naib juara 2021 Tsitsipas menewaskan pemain nombor 66 dunia Lorenzo Musetti 5-7, 4-6, 6-2, 6-3, 6-2 dalam perlawanan yang berakhir awal semalam.
Bintang Greece, Tsitsipas menang apabila Musetti yang berusia 20 tahun merosot daripada ambang kemenangan terkenal di Paris untuk tahun kedua berturut-turut.
Tsitsipas menyertai kejohanan itu selepas berjaya mempertahankan gelaran Monte Carlo dan menjadi naib juara di Madrid.
Pemain nombor dua dunia Daniil Medvedev turut mara ke pusingan kedua tetapi tidak dapat lari daripada bayangan Wimbledon, kejohanan Grand Slam di mana dia telah diisytiharkan sebagai persona non grata.
Medvedev menewaskan pemain pemain ranking ke-103 dari Argentina, Facundo Bagnis 6-2, 6-2, 6-2.
Satu tempat yang dia tidak akan pergi, bagaimanapun, ialah Kelab All England bulan depan selepas Wimbledon mengharamkan semua pemain Rusia dan Belarus sebagai tindak balas kepada pencerobohan Ukraine.
ATP dan WTA bertindak balas dengan melucutkan mata ranking kejohanan paling berprestij sukan itu.
Sehari selepas bekas pemain nombor satu dunia, Naomi Osaka mendedahkan dia cenderung untuk tidak bermain di Wimbledon manakala juara bertahan Novak Djokovic berkata dia akan bermain walaupun kehilangan 2,000 mata, kontroversi itu tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda.
Pemain dari Rusia, Andrey Rublev, pemain nombor tujuh dunia, menyifatkan suasana kejohanan sebagai “toksik” selepas menewaskan pemain dari Korea Selatan, Kwon Soon-woo 6-7 (5/7), 6-3, 6-2, 6-4 dalam aksi pembukaan Roland Garros.
Sementara itu, Jo-Wilfried Tsonga, bekas naib juara Terbuka Australia dan pemain nombor lima dunia, mengucapkan selamat tinggal yang penuh emosi kepada tenis selepas tewas dalam pusingan pertama kepada Casper Ruud.
Pemain dari Perancis berusia 37 tahun itu tewasn 6-7 (6/8), 7-6 (7/4), 6-2, 7-6 (7/0) kepada pemain pilihan kelapan dari Norway itu.
Di tempat lain, Holger Rune berusia 19 tahun dari Denmark menandakan penampilan pertama dalam undian utamanya dengan menewaskan pemain pilihan ke-14 Shapovalov 6-3, 6-1, 7-6 (7/4) yang melakukan 53 kesilapan.
Pilihan ketiga dari Sepanyol, Paula Badosa, layak ke suku akhir tahun lalu, mara ke pusingan kedua dengan kemenangan 6-2, 6-0 ke atas pemain wildcard Perancis, Fiona Ferro.
Simona Halep, juara 2018, menewaskan pemain Jerman, Nastasja Schunk, pemain bertuah berusia 18 tahun, yang layak menerusi pusingan kelayakan 6-4, 1-6, 6-1. – AFP